Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi......

Khamis, 22 September 2011

Perayaan utama di Malaysia



HARI RAYA AIDILFITRI

 

Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf-maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa.



TAHUN BARU CINATahun Baru Cina merupakan sambutan perayaan bagi kaum Cina sebagai meraikan kehadiran Tahun Baru mengikut kalendar Cina. Mengikut kalendar Cina, tahun2 dibahagi sebanyak 12 mengikut nama haiwan yang melambangkan maksud tertentu sesuatu tahun itu. Pada perayaan Tahuan Baru Cina, pelbagai upacara diadakan seperti tarian naga dan antara amalan popular masyarakat Cina adalah 'ang pow' atau duit saku yang diletakkan didalam sampul berwarna merah.

Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini, penganut agama Kristian mengambil peluang mengunjungi gereja. sambutan perayaan ini disertai dengan kemeriahan seperti lampu, pokok krismas, dan juga amalan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Hari krismas juga popular dengan mitos 'Santa Claus' bagi kanak-kanak.

HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali dengan Hari Diwali ataupun pesta cahaya yang disambut oleh penganut agama Hindu. Deepavali disambut pada hari ke 14 Aipasi dalam kalendar Tamil. Pada hari ini,Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Jumaat, 16 September 2011

Selamat menyambat Hari Malaysia 16 September 2011



Selamat Hari Malaysia

Semoga keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini akan berkekalan......

Jangan fikir apa yang negara boleh sumbangkan kepada kita,

Tapi fikir apa yang kita boleh sumbangkan kepada negara......

Love Malaysia!!!


Isnin, 12 September 2011

Hasil tangan murid-murid Tahun 4J

            Muird-muird akan mula membuat Buku Skrap atau lebih dikenali sebagai "Folio" selepas cuti pertengahan tahun. Buku skrap dan folio yang dihasilkan oleh murid-muird akan diberi markah dan markah itu diambil kira dalam peperiksaan akhir tahun.
           
            Pada permulaannya, saya akan membahagikan murid-murid 4J saya kepada 8 kumpulan , iaitu sebanyak  4 hingga 5 orang muird dalam satu kumpulan. Seterusnya, saya akan menerangkan secara terperinci tentang tajuk-tajuk kecil dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang perlu muird-muird masukkan ke dalam folio mereka. Antara tajuk-tajuk yang saya pilih tahun ini ialah: Pakaian tradisional , makanan tradisional dan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia.

             Murid-muird akan diberi masa sebulan untuk mencari maklumat dengan cara mereka sendiri setelah berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka. Saya menggalakkan mereka menggunakan kemudahan Internet untuk mendapatkan maklumat. Tetapi, murid-murid dilarang terus mencetak semua maklumat dari Internet kerana saya berharap muird-murid saya boleh mereka folio mereka yang tersendiri dengan melukis dan mewarna. Dengan ini, mereka akan lebih jelas akan isi kandungan folio mereka.

                Berikut merupakan sebahagian daripada hasil tangan murid-murid Tahun 4:

                                                       Makanan tradisional bangsa Cina

                                                       Pakaian tradisional bangsa Cina


                                                        Makanan tradisional bangsa India



                                                  Pakaian tradisional orang Iban dan Kadazan



                                                     Pakaian tradisional bangsa Melayu

Selasa, 6 September 2011

Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema ini
mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dan
diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar
sekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, murid
didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi
ciri-ciri masyarakat Malaysia.
Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:

 

i. Sayangi DiriTema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid
mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang
hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam tema
ini ialah:
· Mengenali diri
· Keyakinan diri
· Pengurusan diri
· Disiplin diri
· Pengurusan masa
· Hak dan tanggungjawab kanak-kanak
ii. Sayangi Keluarga
Tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga
dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama
Topik dalam tema ini ialah:
· Mengenali keluarga sendiri
· Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas
· Hubungan keluarga kembangan
· Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan
kepercayaan

 

iii. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuniti
sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam
sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraan
hidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah:
· Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah
· Semangat kejiranan
· Aktiviti kejiranan
· Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran
· Kebersihan dan keceriaan persekitaran
· Peranan agensi tempatan

 

iv. Kenali Budaya Malaysia
Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan
tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisan
budaya negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia
· Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia
· Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya
Malaysia

 

v. Malaysia Negaraku
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia
kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali Malaysia
· Bangga dengan identiti negara
· Kenali sistem kerajaan Malaysia
· Kenali dan hormati pemimpin negara
· Hargai perjuangan tokoh-tokoh
· Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan

 

vi. Sedia Hadapi Cabaran
Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciri
individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalam
tema ini ialah:
· Membina budaya cemerlang untuk masa depan
· Ciri-ciri peribadi terpuji
· Remaja yang sihat dan cergas
Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh
menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam
sekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema Malaysia
Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supaya
murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara
dengan lebih berkesan dan bermakna.

Sabtu, 3 September 2011

Pengenalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendahuluan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasipengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Khamis, 1 September 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007)