Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi......

Khamis, 20 Oktober 2011

Rancangan Mengajar Unit 2 - Pengurusan diri


Rancangan Pengajaran Harian 4
Mata Pelajaran                     : Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan
           
Kelas                                      : 4J
           
Tarikh                                     : 3 May 2011
           
Masa                                      : 12.35p.m – 1.35 p.m
           
Bilangan murid                    : 39 orang
           
Bidang pelajaran                 : Unit 2 : Pengurusan diri
                                                          2.4 Penampilan diri yang positif
           
Objektif pembelajaran         : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat

A.   Menguasai isi kandungan
a.  mengenalpasti penampilan diri yang positif berdasarkan gambar yang diberi.
b.  menyatakan dan menyenaraikan cara-cara menunjukkan penampilan diri yang
     positif dengan peta minda.

B.  Membina kemahiran saintifik, berfikr dan strategik berfikir
a.  menjalankan perbincangan dalam kumpulan untuk mengkategorikan gambar
      yang diberi kepada penampilan diri yang positif  dan penampilan diri yang negatif.

C.  Mengamalkan nilai murni
a.  melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan perbincangan kumpulan.
b. menghargai masa dengan menjalankan perbincangan dalam kumpulan dengan 
    pantas dan sentiasa menumpu kepada tugasan yang diberi.
           
Konsep         :
Penampilan diri yang positif
a.  merangkumi cara kita menonjolkan diri di khalayak ramai
-   meraka yang menunjukkan penampilan diri yang positif akan disenangi dan
    dihormati ramai.
           
 
Bahan, peralatan dan bahan sumber   :
Laptop, projector (slaid “power point”), Lembaran kerja ( rujuk lampiran 4A)
Langkah berjaga-jaga                 :
a.     Elakkan pergurauan semasa menjalankan perbincangan.
b.     Elakkan berbincang dengan suara yang lantang.

Pengetahuan sedia ada murid   :   
Murid-murid telah mempelajari konsep penampilan diri yang positif.
Miskonsepsi murid                        :
Murid-murid mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa
a.      beranggap mereka yang menghisap rokok nampak lebih  bergaya.
b.     mereka perlu membelanjakan banyak wang untuk menunjukkan penampilan diri yang positif.

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Pembelajaran dan Pelajaran
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Permulaan / mencungkil idea ( 5 minit)
penampilan diri yang positif merangkumi cara kita menonjolkan diri di khalayak ramai.
1.  Guru mendemostrasikan penampilan diri yang negatif di depan kelas.

Situasi (1)  
-memilih seseorang murid membawa watak orang tua.

-guru berkelakuan seperti samseng yang ganas.

-Samseng bertutur dengan orang tua menggunakan nada tinggi yang kurang bersopan semasa terlanggar orang tua yang dipercayai berjalan dengan perlahan. 

Guru menanya soalan:

Guru: Adakah samseng itu mempunyai penampilan diri yang baik?

1.    Murid memerhatikan demonstrasi yang dijalankan di depabn kelas.






2.    Murid diberi peluang memberi pandangan sendiri berdasarkan situasi yang didemonstrasikan.
Menstruktrur semula idea
(30 minit)
Cara-cara nenunjukkan penampilan diri yang positif akan disenangi dan dihormati ramai.
1.  Guru menyatakan terdapat banyak cara yang dapat menunjukkan penampilan diri yang baik selain daripada menghormati orang yang tua.

2.   Guru menerangkan tugasan murid dalam sesi perbincangan dalam kumpulan.
-membincang dan mengenalpasti penampilan diri yang positif .
-membincangkan bagaimana membaiki tingkah laku yang tidak baik.
3.   Guru mengarahkan murid masuk ke kumpulan masing-masing.
4.   Guru mengagihkan lembaran kerja (sekeping) kepada setiap kumpulan.  (rujuk lampiran 4A)
5.   Guru akan memberi penerangan dalam kumpulan kecil
1.   Murid mendengar dengan sepenuh perhatian
2.   Muird-murid masuk ke dalam kmpulan masing-masing.
3.   Muird-murid berbincang tentang gambar-gambar yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.


















Aktiviti pemulihan:
Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.

Aplikasi idea
(20 minit)
Cara-cara menunjukkan penampilan diri yang baik.
a) berpakaian kemas
b) tingkah laku yang   sopan.
c) pertuturan yang sopan
d) menghormati orang yang lebih tua
e) mematuhi peraturan yang ditetapkan

1.   Guru membimbing murid dalam menjalankan pembentangan di depan kelas mengikut kumpulan masing-masing.

2.   Setelah selesai sesi perbincangan dalam kumpulan, murid dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka.

-          Penampilan diri yang positif berdasarkan gambar.
-          Bagaimana membaiki tingkah laku yang menunjukkan penampilan diri yang tidak baik.
Refleksi / Penutup
(5 minit)
Cara-cara menunjukkan penampilan diri yang baik.
Kepentingan penampilan diri yang positif.
1.  Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa penampilan diri yang positif akan disenangi dan dihormati ramai melalui penyoalan keseluruhan kelas.
2.  Guru menyuruh murid-nurid membuat peta minda sendiri(rumusan) tentang cara-cara menunjukkan penampilan diri yang positif melalui perbincangan dalam kumpulan dan perbentangan murid dalam kelas.

1.   Murid membri respon.
2.   Murid menyatakan cara-cara penampilan diri yang positif.
3.     Murid-murid dikehendaki menyenaraikan kesemua cara-cara menunjukkan penampilan diri yang baik dalam buku latihan mereka dalam peta minda juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan