Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi......

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak sekolah 2011

Muird-murid saya membawa persembahan yang bertema " Satu Malaysia".

Seramai 32 orang murid yang membuat persembahan kali ini.

Pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dipakai oleh mereka disediakan oleh guru yang mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Persembahan mereka mendapat sambutan yang hangat dan murid-murid tertarik dengan pakaian tradisional pelbagai kaum yang disembahkan oleh mereka di atas pentas.

Saya berasa amat gembira mereka melihat anak-anak murid saya seronok mempersembahkan persembahan mereka. Ini merupakan kenangan manis dan pengalaman yang amat berharga kepada mereka, begitu juga dengan saya. ^.^


                                                 Senyuman manis anak-anak muirdku.

                                            Persembahan yang mendapat sambuatan hangat.

                                            Persembahan yang bertema " Satu Malaysia"